Pengenalan
Pendidikan adalah merupakan satu bidang yang sangat diberi penekanan yang berat oleh pihak kerajaan kerana pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi,sosial dan kerohanian,moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu,demokratik,liberal dan dinamik.Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia ( Akta Pendidikan 1996,Kementerian Pendidikan Malaysia,2001).
Lantaran itu,salah satu cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai.Dalam proses ini,guru bukan sahaja berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin,bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka.Status profesion perguruan perlu dinaiktarafkan demi menjadikan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah lebih menarik berbanding profesion lain.Laluan ke arah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran-cabaran pendidikan.
Terdapat isu dan cabaran pendidikan yang boleh dikategorikan seperti dalam pentadbiran,organisasi sekolah dan keguruan ( Sufean, 2004:212 ).Isu-isu pendidikan yang wujud sebagai fenomena memerlukan usaha yang dirancang secara sistematik untuk menanganinya.Oleh itu,guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai isu yang harus ditangani secara bijaksana dan penuh perhatian.
Integrasi nasional,pendemokrasian pendidikan,tonggak pendidikan UNESCO,globalisasi pendidikan,kepelbagaian budaya,pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dan gejala sosial adalah antara isu dan cabaran pendidikan yang dikenalpasti dan perlu dibincangkan secara mendalam.
No comments:
Post a Comment