PENGENALAN – SEKOLAH WAWASAN
Peristiwa hitam 13 Mei 1969 telah mengetuk minda pemimpin
kita untuk menitikberatkan soal perkauman di negara ini. Kesinambungan usaha
itu berlanjutan sehingga sekarang melalui penubuhan sekolah wawasan. Melalui
konsep penubuhan sekolah ini, sekolah yang dahulunya terasing kini disatukan
dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara untuk
menghasilkan masyarakat yang mempunyai semangat baru untuk meneruskan wadah
wawasan negara.
Cadangan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk membentuk sistem persekolahan yang berkonsepkan perpaduan ini
amat bertepatan dengan hasrat Negara ini yang ingin melahirkan masyarakat yang
bersatu padu dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu.
Melalui penubuhan sekolah ini,golongan pelajar dari pelbagai
bangsa dinegara ini akan dapat disatukan dibawah satu bumbung dan boleh
berinteraksi dan bekerjasama khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan.
Justeru penubuhan sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan
dalam mewujudkan rakyat yang bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia yang
serba mencabar pada hari
KONSEP SEKOLAH WAWASAN
Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah
dari aliran yang berbeza ke dalam satu kompleks. Ini bermaksud di bawah konsep
inin, terdapat dua atau tiga buah sekolah rendah dari berlainan aliran akan
ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah dan di
bawah pentadbiran tiga guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan
berkongsi kemudahan asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan
kantin. Setiap sekolah pula akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.
KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN SUBANG JAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO'ONN JAAFAR

SJK(C) TUN TAN CHENG LOCK

SJK (T) TUN SAMBANTHAN
OBJEKTIF SEKOLAH WAWASAN
Sekolah wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak
bangsa Malaysia yang lebih bersifat cinta akan Negara terutamanya golongan yang
lahir selepas merdeka yang kurang memahami konsep bangsa Malaysia.
Selain itu, projek yang dicernakan oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci yang penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza.
Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung, sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

Selain itu, projek yang dicernakan oleh Perdana Menteri ini mampu menjadikan pemangkin dalam merealisasikan impian wawasan 2020.Pendidikan merupakan satu kunci yang penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza.
Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Secara tidak langsung, sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

SISTEM SEKOLAH WAWASAN
Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah
iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan.Di dalam kawasan ini,
sekolah tersebut akan menggunakan segala kemudahan yang ada contohnya padang,
kantin dan sebagainya secara bersama atau dikongsi bersama.Idea penubuhan
sekolah wawasan telah dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr
Mahathir Mohammad dan idea ini diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.
Pengujudan sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai
matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk mencintai negara
sepenuhnya.Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa
Malaysia.Di sini terhimpun pelbagai ras dan agama serta aspek kokurikulum dan
kurikulum juga disejajarkan.
Sejarah negara telah menyaksikan bahawa sistem pendidikan
yang ditinggalkan oleh penjajah iaitu dengan mengasingkan sekolah dan tiada
peraturan yang seragam dipakai telah melahirkan bibit-bibit semangat perkauman
yang menebal.Contohnya sekolah cina menggunakan sukatan dan sistem pendidikan
yang berorientasikan negara cina.begitu juga dengan sistem pendidikan
masyasrakat india yang berkiblatkan negara india.Semangat perkauman ini
terbawa-bawa selepas merdeka sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.JIka
diteliti Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah
bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantaraan.
CIRI-CIRI SEKOLAH WAWASAN

Terdapat beberapa ciri Sekolah Wawasan.Antaranya ialah
setiap aliran diketuai oleh Guru Besar dengan salah seorang daripada mereka
bertindak sebagai penyelaras di antara aliran-aliran tersebut. Sebagai
contohnya, terdapat penyelaras bagi pelajar sains tulen dan terdapat juga
penyelaras bagi pelajar aliran sastera. Hal ini dapat memudahkan pengurusan di
dalam sesebuah Sekolah Wawasan tersebut disamping mengurangkan pertindihan
pengurusan subjek bagi setiap aliran. Hal ini dapat dibuktikan apabila bekas
perdana menteri,Tun Doktor Mahathir Mohamad ada memberi kenyataan yang
berkaitan dalam Perasmian Sekolah Wawasan di Felda Lurah Bilut,Pahang.
Selain itu Sekolah Wawasan juga bercirikan pelaksanaan
aktiviti secara bersama. Sebagai contohnya,aktiviti yang dilakukan seperti
perhimpunan mingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari
Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan jurang
perpaduan kaum bahkan menguatkan tali persaudaraan antara tiga kaum utama iaitu
Melayu,Cina dan India.
Ciri yang seterusnya ialah bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan
di luar bilik darjah ialah Bahasa Melayu.Dengan ini taraf bahasa Melayu di
negara kita akan semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment